rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Jumaat, 1 Januari 2010

Kerja sosial

Apa itu Praktis kerja sosial?

Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan memberi tumpuan kepada menanggani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti. Kerja sosial menjadi satu profesion yang memberi penekanan terhadap kepentingan individu dan masyarakat dengan membekalkan perkhidmatan profesional berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial, etika profesion dan intervensi.

NASW (National Association of Social Work) – 1973 - Kerja sosial merupakan aktiviti profesional untuk menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing – masing. Skidmore (1994) - Satu “art”, sains dan profesion yang menolong manusia untuk menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalan – amalan kerja sosial. Amalan ini termasuklah kerja kes, kerja kumpulan, organisasi, komuniti, pentadbiran dan juga penyelidikan. Boehm (1959) – Council on Social Work Education - Berbentuk “Functional” Kerja sosial bertujuan meningkatkan kefungsian sosial individu sama ada berseorangan atau berkumpulan melalui aktiviti yang memfokuskan kepada perhubungan sosial mereka (interaksi individu dengan individu lain dan juga persekitaran)

Morales & Sheafor, (1998) – Kerja sosial adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkatkan atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut. Skidmore et. al, (2000) – Kerja sosial adalah satu ‘art’, sains dan profesion yang menolong menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalam kerja sosial. Center for Human Rights UN, (1994) – Kerja sosial adalah satu profesion bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya dan perkembangan individu secara dasarnya.


Apa itu Praktis kerja sosial individu dan kumpulan ?

Praktis dengan individu melibatkan praktis kerja sosial di peringkat mikro. Intervensi dalam kerja sosial klinikal memberi penekanan kepada peningkatan dan penyimbangan fungsi psikologi individu, keluarga dan kumpulan yang melibatkan kedua-dua kaedah iaitu pengubahan dan pencegahan. Intervensi ini dijalankan untuk melihat arah dan corak intervensi antara perseorangan, dinamik intrafizik, sumber sokongan dan juga corak pengurusan kehidupan klien. Melalui intervensi ini, kita akan dapat menilai keperluan dan boleh merancang program atau aktiviti yang perlu diberikan kepada klien.

Kerja Sosial Kumpulan didefinasikan sebagai dua atau beberapa orang individu yang berinteraksi secara bersemuka, yang mempunyai kesedaran terhadap keahlian mereka dalam kumpulan, setiap ahlinya sedar akan kewujudan hubungan, sedar akan haknya dan sedar mengenai kebergantungan yang positif untuk mereka sama-sama mencapai matlamat yang utama ( Johnson dan Johnson,1997).

Menurut Marjorie Murphy (1959), Kerja sosial kumpulan ialah kaedah mengemukakan perkhidmatan kepada individu dengan menyediakan pengalaman dalam kumpulan. Selain itu, ia juga memfokuskan kepada perkembangan individu menerusi potensi individu, perkembangan perhubungan dan kecekapan kefungsian sosial serta tingkah laku sosial yang disedari sebagai tujuan kerja sosial kumpulan. Kerja sosial kumpulan juga merupakan kaedah generik yang boleh digunakan dalam situasi yang berbeza. Seterusnya kaedah yang digunakan termasuklah perhubungan antara pekerja dengan ahli dan aktiviti kumpulan. Pekerja secara serentak menggunakan perhubungan dengan ahli dan kumpulan secara keseluruhannya. Pekerja bekerja sebagai enabler dengan kedua-keduanya berperanan membantu ahli dan kumpulan untuk menggunakan dirinya berbeza-beza selaras dengan objektif spesifik dan penilaiannya mengenai keperluan, minat dan keupayaan ahli kumpulan.



Rujukan:


Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.
Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2008. Kemahiran Praktis Kerja Sosial. Selangor: Baraplas Kreatif Enterprise

3 ulasan:

Nur Farah Alyaa :) berkata...

ambil kerja sosial dekat mna?

Matt Kopikarat berkata...

menarik_ http://kopikarat.blogspot.my/

none berkata...

saya telah mendapat iv kerja sosial tp saya masih tidak faham mengenai kerja soaial

Catat Ulasan