rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Jumaat, 9 April 2010

Kerja Kes

PERANCANGAN INTERVANSI

> Berbincang dan mendapatkan maklumat lanjutnya dengan Doktor perujuk tentang kes ini

>Lawatan ke rumah (home visit)
Melihat dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan pesakit ketika berada di rumah
Temubual bersama ahli keluarga pesakit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kondisi pesakit

>Berbincang dan mendapatkan maklumat lanjutnya dengan Doktor perujuk tentang kes ini

>Menguruskan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan

- Menguruskan bantuan kewangan/ makanan dari Baitumal
- Menguruskan bantuan perumahan dari DBKL

- Menguruskan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) untuk klien
- Kaunseling keluarga (penjagaan pesakit)

>Menjalankan tinjauan dan lawatan berkala




PROSES INTERVANSI

Selepas mendapat rujukan kes daripada wad Neurology 5B Hospital Kuala Lumpur, pegawai kerja sosial perubatan perlu berjumpa dengan Doktor tersebut dan menjalankan siasatan selanjutnya. Seterusnya Pegawai kerja sosial membuat lawatan ke rumah klien untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan pesakit yang kini terlantar di rumah. Temubual bersama ahli keluarga pesakit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kondisi klien. Sebelum menghidapi penyakit ini, klien menjalankan peniagaan roti canai dengan pendapatan purata bulanan berjumlah RM 1500.00. Perniagaan yang dijalankan ini adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi keluarga ini manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun setelah menghidapi penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopothy iaitu mengalami strok yang teruk di mana otaknya tidak boleh berfungsi seperti normal.

Klien berasal dari Rasah, Selangor ini merupakan anak yang kelima daripada 11 orang adik-beradik. Beliau yang berkelulusan SPM telah mendirikan rumahtangga sejak 14 tahun yang lepas yang kini berusia 41 tahun. Hasil perkongsian hidup mereka ini dikurniakan 3 orang cahaya mata. Keluarga ini sudah hilang punca pendapatan dan isterinya tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga pesakit yang tidak berupaya bergerak (lumpuh seluruh anggota). Ketika itu, keluarga ini hanya mendapat bantuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak serta dari jiran-jiran yang bersimpati terhadap mereka.

Klien dan keluarga mendiami sebuah rumah sewa yang berdindingkan separuh papan dan separuh simen. Rumah ini dibayar sewa sebanyak RM 400.00 sebulan. Rumah ini hanya mempunyai ruang tamu yang agak kecil dan di situ juga pesakit ditempatkan. Rumah ini mempunyai 2 bilik tidur dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang sederhana. Majoriti penduduk sekitar komuniti ini adalah bangsa Melayu. Perhubungan klien serta ahli keluarganya dengan komuniti setempat dikatakan sangat baik di mana jiran-jiran sering memberikan bantuan kepada keluarga ini. Klien tidak lagi boleh bekerja dan hanya terlantar sahaja di rumah kerana tidak mampu bergerak (lumpuh seluruh anggota dan ‘bedridden’). Secara keseluruhan, keadaan ekonomi klien buat masa ini adalah tidak stabil. Klien dan keluarga bergantung hidup daripada sumbangan kedua-dua belah keluarga masing-masing serta dari jiran-jiran yang bersimpati.

Seterusnya, klien tidak boleh berjalan serta tidak boleh berdikari dan mengharapkan orang lain untuk menjaganya. Beliau telah terlantar sakit sejak lima bulan yang lepas. Kini, klien memerlukan peralatan dan makanan seperti ‘suction pump’, ‘ripple mattress’ dan susu jenis Glucerna bagi meningkatkan semula kualiti hidupnya serta proses pemulihan. Klien ini memerlukan ‘nursing care’ sepanjang hayatnya serta memerlukan alat-alat bantuan yang telah di nyatakan supaya rawatan ‘nursing’ yang optima dapat diberikan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat klien. Kesempitan hidup klien mendatangkan bebanan kepada keluarganya kerana kos menyediakan alat perubatan beliau mencecah RM 6,246.00 sebulan (Ripple Mattress & pump, portable Suction Pump, Glucerna SR Milk dan Adult Diapers).

Tugas sebagai seorang pegawai kerja sosial, bukan semata-mata menjaga kebajikan klien sahaja malah orang-orang di sekitarnya juga harus di ambil berat. Bukan semua manusia mampu menerima tekanan dan redha dengan ketentuan Ilahi, terutamanya anak-anak pesakit yang masih kecil. Bantuan Terapi Psikososial diberikan dan sesi kaunseling keluarga dijalankan terhadap anak dan isteri klien supaya dapat memulihkan kembali kestabilan emosi dalam menerima kenyataan hidup. Ia juga bertujuan untuk memotivasi keluarga supaya komplian terhadap penjagaan pesakit. Selanjutnya Pegawai kerja sosial membuat permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Daerah Gombak untuk bantuan sakit kronik terlantar. Baitulmal juga dirujuk untuk mendapatkan bantuan sara diri kepada klien dan keluarga serta bantuan perumahan pula pegawai perlu berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kemudiannya pekerja sosial perlu menyediakan laporan sosioekonomi klien kepada Tabung Bantuan Perubatan hospital untuk pembelian peralatan perubatan yang diperlukan.

Setelah semua ini selesai, Pegawai kerja sosial akan menjalankan lawatan berkala ke rumah klien bagi memastikan kebajikan dan keperluan keluarga ini terjamin. Selepas mendapat bantuan, keberkesanan sesi kaunseling keluarga tersebut dan pengajaran penjagaan pesakit terlantar (learning disability) maka isteri dan anak-anak klien sudah mahir dalam penjagaan pesakit dan mengambil berat tentang diri klien. Keluarga klien dapat memberikan tumpuan dalam penjagaan dan rawatan kepada klien. Klien masih lagi terlantar dan tidak berupaya bergerak (‘bedridden’ dan lumpuh seluruh anggota). Dalam menyelesaikan kes ini, pekerja sosial mendapat kerjasama yang baik daripada pihak keluarga klien, agensi berkaitan dan pegawai perubatan. Keluarga klien merasakan beban kewangan yang ditanggung sebelum ini semakin ringan dengan bantuan daripada JKM, TBP dan JKSP.

Namun begitu, klien ini hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja kerana beliau telah kembali ke rahmatullah. Tugas pegawai kerja sosial bukan sahaja terhenti di situ, pekerja sosial harus menjaga kebajikan keluarga klien pula. Isteri klien hendak berpindah ke kampungnya di Johor untuk tinggal bersama keluarga setelah ketiadaan beliau. Pengurusan bantuan pertukaran tempat tinggal dan bantuan daripada JKM Johor pula dijalankan. Anak sulung Allahyarham telah diusahakan untuk ke asrama penuh agar dapat mengurangkan beban isterinya. Isteri klien menetap bersama keluarganya tetapi bukan dalam tempoh yang panjang. Oleh kerana kesempitan hidupnya membuatkan beliau di pandang serong, dan anaknya sering di marahi dan tidak disenangi oleh ibu bapanya.

Pegawai kerja sosial mencari serta berusaha mendapatkan dana untuk membantu isteri klien membina sebuah rumah kecil di tanah milik keluarga beliau. Pegawai kerja sosial menyarankan isteri klien menyertai persatuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana aktiviti-aktiviti khas untuk ibu tunggal akan banyak membawa manfaat kepada beliau kelak. Kemudian, Pegawai kerja sosial cuba mendapatkan pekerjaan untuk isteri klien kerana beliau berkelulusan SPM. Beliau masih sihat dan kuat dan boleh bekerja, isteri klien tidak bekerja sebelum kerana perlu menjaga suaminya yang terlantar sakit. Kini, ekonomi keluarga isteri klien lebih stabil dan kehidupannya terjamin. Pegawai kerja sosial bercadang untuk menempatkan anak keduanya pula di asrama penuh selepas beliau tamat UPSR.

KESIMPULAN

Kes ini merupakan contoh kes yang berjaya diselesaikan dan mempunyai proses intervansi yang padu. Kes ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di bawah pengendalian kes oleh seorang pegawai kerja sosial yang amat komited iaitu Pegawai kerja sosial. Berdasarkan contoh kes ini, kita dapat lihat bahawa peranan sokongan sosial di sekitar klien adalah sangat diperlukan. Mereka perlu lebih kuat agar boleh menghadapi permasalahan serta menjaga klien terutama dalam kes seperti ini. Keluarga klien perlu memberi perhatian dan menjaga beliau yang hanya mampu berbaring dan meneruskan hidup dengan bantuan mesin. Bukan mudah untuk menjadi seorang pegawai kerja sosial. Pengalaman memang akan mengajar erti kehidupan dan akan mematangkan diri dan pemikiran manusia. Setiap keputusan dan tindakan pegawai kerja sosial itu akan mempengaruhi kehidupan klien tersebut. Kebiasaannya, segala intervansi yang dijalankan adalah bertujuan untuk membantu klien mengatasi masalah beliau dan mendapatkan keperluan hidup yang lebih baik.

Proses intervansi bermula daripada kes yang dirujuk daripada wad, kemudian pegawai turun padang untuk menyiasat dan mensahihkan tentang latar belakang klien. Seterusnya proses bantuan dilakukan sehingga lah klien mendapat bantuan yang diperlukan. Kemudian, tugas Pegawai kerja sosial tidak mati di situ apabila klien telah meninggal dunia tanggungjawab beliau beralih pula kepada isteri dan keluarganya. Segala proses dilakukan dan permasalahan dapat diatasi sehingga isteri klien dapat tempat tinggal, pekerjaan dan boleh meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya dengan lebih baik. Kini beliau menunggu masa untuk membantu anak kedua kliennya itu untuk memasuki asrama penuh. Kes ini hampir 2 tahun, pada awalnya ia telah diselesaikan tetapi kemudian timbul semula permasalahan. Setelah masalah telah di atasi dengan baik, Pegawai kerja sosial hanya menunggu masa untuk menjalankan tanggngjawab beliau yang seterusnya. Bekerja memerlukan perancangan agar kita dapat mencapai objektif teersebut di masa hadapan. Pemantauan berkala adalah perlu dan tugas kita masih belum selesai selagi klien belum dapat berdikari untuk meneruskan kehidupan beliau. Panduan serta bantuan untuk mencorakkan perjalanan hidup mereka adalah terletak di tangan pegawai kerja sosial tersebut.



Contoh Gambar Kenangan Di Jabatan Kerja Sosial, HKL.....




Rabu, 17 Mac 2010

Fasa Proses Kaunseling

Fasa Satu: Sebelum proses membantu/kaunseling

Pra-persediaan


Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh
kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat
peribadi klien perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk
memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar
kliennya. Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan
dan seterusnya memberikan pertolongan.
Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien
lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan
dengan jelas dan tekankan bahawa dirinya (kaunselor) sentiasa
prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen
penting yang perlu diambilkira di tahap ini ialah;

· Tempat sesi kaunseling

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah
memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang
sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa
dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk
menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan
dengan jayanya.

· Tahap kemampuan kaunselor dengan klien

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu
mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun
klien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang
yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor
harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin
kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Dengan itu akan
terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak ini
harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar
proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.
Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk
memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak
bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Brammer
(1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara
kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda
permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini
akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan
klien itu sendiri.

Fasa dua. Semasa proses kaunseling

Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan dengan
lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu fasa
“semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkat
terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,
penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan
perancangan.

(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan
Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan
klien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang
kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak
menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu.
Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan
kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan.
Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi
perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu,
keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam
permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting kerana
suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan serta
menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

(ii) Peringkat penetapan/penjelasan
Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan
gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang
dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang
diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh
dilakukan iaitu;
Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala isi
hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus
bercerita.
Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor
hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar
menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’
digunakan kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut
merasa terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan
pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang,
hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat
sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika
menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman
dan perasaanya.
Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai
dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan
yang dikehendaki. Di tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan
menentukan siapa sebenarnya sedang menghadapi permasalahan
tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang
lain.
Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu
merangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini,
kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk
melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil
kehendak sebenar klien.

(iii) Peringkat Penstrukturan
Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama
ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor
harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu
klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan
selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan
klien.
Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada
kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah ia
melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh
kaunselor nanti.
Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan
matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien
langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang
sedang dituju.
Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu
persetujuan antara kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai
matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya.
Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited
menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat
yang ditetapkan.

(iv) Peringkat Perhubungan
Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling ialah untuk
mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien.
Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa
selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat
ini, kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah
laku yang meyakinkan serta sentiasa menunjukkan kemesraan.
Kaunselor hendaklah membina tanggapan pertama yang positif dan
untuk tujuan ini, kaunselor perlu mengambil kira beberapa perkara
yang dapat membina perhubungan yang baik dan selesa.
Membina suasana alam sekeliling yang kondusif
Tempat yang sesuai amat diperlukan semasa pengendalian sesi
kaunseling. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi
yang tidak meyakitkan pinggang, bergoyang-goyang sehingga
menggangu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu
panas, terlalu sempit atau terlalu bising.
Elakkan tempat lalu-lalang yang boleh mengganggu tumpuan
klien atau kaunselor. Pastikan juga tidak ada bau yang tidak
menyenangkan seperti bau tandas yang berhampiran atau fail dan
buku-buku yang bertimbun atau berselerak sehingga menyusahkan
penglihatan klien atau kaunselor.

· Jarak antara kaunselor dengan klien
Dalam melaksanakan sesi kaunseling, jarak atau ruang antara
klien dengan kaunselor harus diambilkira bagi mempastikan agar tidak
terlalu dekat sehingga menyukarkan kedua-dua pihak untuk
berkomunikasi. Jarak antara 1 hingga 1.5 meter dapat menimbulkan
rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian yang baik.

· Penampilan diri
Pandangan pertama amat penting dalam menentukan
keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya
klien berasa selesa dan gembira dengan penampilan kaunselor, ia
merupakan ciri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi
seterusnya. Kaunselor atau klien hendaklah berpakaian mengikut
norma-norma tempatan, tidak keterlaluan sehingga klien memerlukan
masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya.

· Ekspresi muka/wajah
Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi,
fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira.
Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan
erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para
kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat
menyakinkan klien.

· Cara duduk dalam sesi kaunseling
Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap
orang lain. Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk
condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.

· Senyuman
Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling
terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana
senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara
kaunselor dengan klien.
Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan
emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut
kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak
bersesuaian, ia akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan
pihak klien.
Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien
mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau
keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin
mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman
ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan
itu sesuai dan menepati matlamatnya.

· Nada suara
Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang
terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan
yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang
berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan
memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang
kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram,
pemarah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

(v) Peringkat Penerokaan
Pada peringkat ini, kaunselor akan semakin mengenali klien
terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal
diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh
diambil oleh kaunselor di peringkat ini ialah;

· Terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin,
percaya dan selamat timbul di pihak klien terhadap kaunselor.

· Klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan
perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri.

· Kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan
hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebabsebab
tertentu.

· Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang
kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya.
Kaunselor boleh memberikan aktiviti “kerja rumah” untuk
klien bagi membolehkannya mencapai matlamat.
Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan
cergas dalam tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas
tentang apa yang diperlukan oleh kliennya.
Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk
meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977),
peringkat ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong
oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan
sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak.
Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri
kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak
mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya. Perhubungan yang
erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan sehingga klien
dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan sedia
berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.

(vi) Peringkat Pengukuhan
Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan
lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan
yang boleh diambil olehnya. Kemahiran-kemahiran baru juga perlu
diamalkan. Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya
secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-bolehnya,
sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta
disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama.

(vii) Peringkat Perancangan
Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan
kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor
seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang
hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi
tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan
matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan
tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah
hampir kepada tahap penyelesaian.
Fasa tiga: Selepas proses kaunseling
Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya
melaksanakan peringkat-peringkat dalam fasa kedua perlu melakukan
peringkat penamatan.

Peringkat penamatan
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan.
Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak
kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien
akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak
tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. Di peringkat ini
pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling.
Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka
klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar
lain. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien
tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan
klien sendiri.
Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini
merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan
strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya.
Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan susulan
akan diteruskan.
Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti
hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung. Sebaikbaiknya
adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan
klien yang pernah dibantunya. Penamatan dalam konteks ini hanya
merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja.

Fungsi Penamatan

Terdapat beberapa fungsi penting penamatan, Pertama,
penamatan menunjukkan sesuatu ingin ditamatkan. Penamatan adalah
peluang untuk mengakhiri pembelajaran pengalaman dengan baik
sama ada di peringkat peribadi atau peringkat profesional. Dalam
kaunseling, penamatan lebih kepada tindakan yang menandakan
berakhirnya terapi, sebagai penggerak motivasi. Kesedaran bahawa
sesi kaunseling mempunyai limitasi seperti masa membawa klien
untuk bekerja keras.

Masa Penamatan

Menurut Gladding (2000), tidak ada satu jawapan jelas bila
perhubungan itu ingin ditamatkan. Jika penamatan ditamatkan dengan
lebih awal, klien mungkin akan hilang asas yang telah mereka temui
dalam sesi kaunseling dan mengundur diri sebagai tingkah laku awal.
Dengan kata lain, jika penamatan tidak dinyatakan, proses
kebergantungan klien kepada kaunselor akan berlaku dan klien akan
gagal menyelesaikan segala kesukaran yang dialami sebagai
perkembangan manusia.

Terdapat beberapa pertimbangan yang pragmatik untuk
penamatan sesi (Gladding, 2000) iaitu;

 Adakah klien telah mencapai matlamat tingkah laku, kognitif atau
matlamat kontrak afektif? Bila klien dan kaunselor mempunyai
idea yang jelas sama ada matlamat yang khusus telah bertemu,
masa penamatan menjadi mudah untuk dinyatakan. Kunci
pertimbangan ini adalah membentuk kontrak yang saling
dipersetujui di antara kaunselor dan klien sebelum kaunseling
dimulakan.

 Adakah klien secara konkrit menunjukkan bahawa dirinya telah
menunjukkan perkembangan. Dalam situasi ini, kemajuan yang
spesifik mungkin menjadi asas kepada klien dalam membuat
keputusan tentang penamatan.

 Adakah kaunseling satu perhubungan yang membantu? Jika klien
atau kaunselor merasai apa yang berlaku dalam sesi kaunseling
tidak membantu, penamatan adalah sesuai.

 Adakah konteks pengaturan permulaan kaunseling telah berubah?
Dalam kes di mana mereka mengalami kesakitan jangka panjang,
penamatan (termasuk rujukan) akan dipertimbangkan.
Keseluruhannya, tidak ada masa yang tepat untuk menamatkan
perhubungan kaunseling. “Bila” penamatan perlu adalah berdasarkan
menurut keunikan situasi dan menurut garis panduan etika dan
profesional.

Isu-Isu Penamatan

Penamatan Sesi Individu
Penamatan diutarakan ketika sesi kaunseling. Sesi permulaan
telah jelas mendefinisikan limitasi masa. Kaunselor mungkin
mengambil masa di antara 5-10 minit untuk menyesuaikan klien dan
kerisauan klien. Sesi kaunseling yang tamat awal mungkin kurang
produktif. Benjamin (1987) menyatakan terdapat dua faktor penting
dalam mengakhiri sesi iaitu;

(1)Kaunselor dan klien sedar bahawa sesi sudah berakhir dan

(2)Tiada isu-isu baru, yang diperkenalkan atau dibincangkan ketika
berakhirnya sesi.
Jika klien mengutarakan isu baru, kaunselor perlu memfokuskan pada sesi akan datang. Kaunselor boleh menamatkan sesi secara berkesan dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah membuat pernyataan ringkas bahawa sesi telah tamat. Contohnya, “nampaknya masa telah tamat untuk hari ini.”
Jika klien membincangkan perkara tertutup-terbuka berdekatan
dengan pengakhiran sesi, kaunselor akan mengingatkan klien bahawa
terdapat hanya 5 hingga 10 minit lagi masa yang tinggal. Selepas itu,
klien boleh berfokus kepada perkara-perkara yang penting.
Sebagai alternatif pernyataan secara langsung, kaunselor boleh
menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menunjukkan sesi tamat.
Contohnya melihat jam atau berdiri (Gladding, 2000). Gerak badan
adalah baik digunakan dengan indikator lisan untuk tujuan peneguhan
klien.
Ketika kaunselor ingin menamatkan sesi, rumusan boleh
membantu kaunselor ataupun klien untuk meringkaskan apa yang
berlaku dalam sesi. Kaunselor atau klien boleh merumuskan apa yang
berlaku iaitu ciri utama sesi dan akan diringkaskan kepada butir-butir
tanpa interpretasi. Ringkasan juga membolehkan kaunselor dan klien
sedar apa yang akan mereka perolehi dari luar sesi dan membekalkan
maksud menyelesaikan apa-apa salah faham.
Satu lagi yang penting dalam melakukan proses penamatan
ialah merangka sesi yang akan datang. Umpamanya,
Kaunselor : “Kita ada lima minit saja lagi, jadi saya rasa elok saya
rumuskan apa yang telah kita rundingkan dalam sesi
ini. Pada peringkat awal kedatangan tuan ialah untuk
membincangkan masalah tuan dengan anak remaja
tuan. Tuan rasa tidak dapat mengawal anak ini, begitu
juga isteri tuan. Jadi, dalam perbincangan kita, tuan
bersetuju untuk bekerja sama dengan isteri tuan. Tuan
mengambil keputusan untuk membincangkan masalah
ini dengan isteri tuan. Ini adalah beberapa langkah
yang akan tuan ambil dalam masa dua minggu ini.
Sekiranya tuan rasa perlu berbincang lagi setelah dua
minggu lagi dengan saya, tuan dipersilakan”.

Penamatan Perhubungan Kaunseling
Penamatan perhubungan kaunseling adalah berbeza dari satu
klien kepada klien yang lain. Kaunselor dan klien perlu bersetuju bila
perhubungan perlu ditamatkan. Umumnya, mesej lisan tentang
kesediaan untuk penamatan. Klien berkata “Saya berfikir, saya telah
banyak membuat kemajuan beberapa bulan yang lepas.” Atau
kaunselor menyatakan, “Anda kelihatan amat baik dan saya rasa anda
tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan saya.” Pernyataan ini
mencadangkan akan berakhirnya sesi kaunseling. Di antara contoh lain
iaitu;
Kaunselor : “Kita telah bertemu sebanyak lima sesi, saya lihat tuan bertambah gembira sekarang. Tuan juga menyatakan yang tuan telah berjaya berbaik-baik dengan anak tuan. Jadi, saya rasa bolehlah kita memberhentikan hubungan kaunseling ini. Saya harap tuan berjaya di dalam kehidupan tuan”.

Penamatan juga melibatkan perubahan dalam diri klien ataupun
mencapai resolusi. Beberapa tingkah laku lain juga menandakan
berakhirnya sesi kaunseling termasuklah ketidaksungguhan klien
ketika sesi dijalankan, menarik diri, marah, bersedih atau bergantung.
Shulman (dlm Gladding, 2000) mencadangkan beberapa
perkara perlu diberi perhatian apabila sesi ingin ditamatkan seperti;

1. Memeriksa sama ada masalah atau simptom awal klien telah dikurangkan atau dihapuskan.

2. Menentukan sama ada tekanan perasaan yang telah dihasilkan membawa kepada penamatan kaunseling.

3. Menilai kebolehan untuk menangani persoalan klien dan tahap pemahaman diri dan orang lain.

4. Penentuan sama ada klien boleh dihubungkan lebih baik dengan orang lain dan boleh untuk mencintai dan dicintai.

5. Memeriksa sama ada klien dapat mencapai kebolehan untuk merancang dan bekerja dengan produktif

Sekurang-kurangnya terdapat dua cara bagi memudahkan
berakhirnya perhubungan kaunselor-klien. Satu darinya menggunakan
fading. Dixon dan Glover (1984) mendefinisikan fading sebagai
penurunan yang beransur-ansur dalam struktur yang bukan semulajadi
dikembangkan dengan keinginan untuk berubah.
Dengan lain perkataan, klien secara beransur-ansur berhenti
menerima peneguhan tingkah laku dalam beberapa cara. Matlamat
yang diingini dalam setiap kaunseling membantu klien menjadi kurang
bergantung pada kaunselor dan sesi kaunseling lebih bergantung pada
diri mereka sendiri dan saling kebergantungan dengan orang lain.
Cara lain untuk melakukan penamatan ialah dengan membantu
klien mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Jika
kaunselor dapat membantu klien mempelajari cara yang berkesan
untuk menangani kesukaran, klien tidak memerlukan masa yang lama
untuk menamatkan perhubungan kaunseling. Ini adalah proses
generalisasi pengalaman kaunseling untuk digunakan. Proses ini
termasuklah menekankan pendidikan, pencegahan dan kemahiran
membuat keputusan pada setiap keputusan dan situasi krisis.

Resistan Penamatan
Keengganan penamatan mungkin datang dari kaunselor atau
klien. Patterson dan Einsberg (dlm Gladding, 2000) menyatakan
resistan berlaku bila perhubungan kaunseling berlaku terlalu lama
atau penglibatan keintiman berada pada tahap yang tinggi.
Faktor lain yang menggalakkan klien resistan iaitu kesakitan
awal, kesunyian, kesedihan yang tidak diselesaikan, mahukan
ganjaran, takut ditolak dan tidak mempunyai kepercayaan diri.
Klien Resistan

Beberapa perkara membuktikan bahawa klien resistan untuk
menamatkan sesi seperti

(1) Banyak bertanya di akhir sesi

(2) ingin mengadakan banyak temujanji ketika matlamat telah
dicapai.

Selain itu, klien akan juga menambahkan persoalan-persoalan
baru yang bukan berkenaan dengan dirinya seperti kemurungan atau
kerisauan. Resistan klien ini akan menyebabkan penamatan lebih
sukar. Ada kalanya, klien akan menyakinkan kaunselor bahawa
kaunselor sahaja yang dapat menolongnya. Kemudian, kaunselor
mungkin merasa berkewajipan untuk meneruskan sesi kaunseling.
Lerner & Lerner (1983 dalam Gladding, 2000) menjelaskan klien yang
resistan seringkali takut untuk berubah. Ada kalanya mereka takut
mereka tidak dapat berfungsi baik tanpa kaunselor.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan resistan ialah proses
penamatan dijalankan secara beransur-ansur Cormier & Cormier (dlm
Gladding, 2000). Sesi akan menjadi semakin berkurangan dan
kaunselor akan memberi tumpuan kepada kemahiran, kebolehan dan
sumber klien.

Kaunselor Resistan
Resistan bukan sahaja berlaku kepada klien. Terdapat
kaunselor yang menentang untuk menamatkan sesi. Antara sebabsebab
kaunselor resistan ialah kerana klien mempunyai keistimewaan
yang menjadi tarikan kepada kaunselor. Goodyear (dlm Gladding,
2000) menyenaraikan beberapa keadaan di mana penamatan mungkin
sukar bagi kaunselor iaitu;

1. Apabila penamatan menandakan berakhirnya perhubungan yang
signifikan

2. Apabila penamatan membangkitkan kerisauan kaunselor tentang
kebolehan klien untuk berfungsi secara tidak bergantung.

3. Apabila penamatan muncul, kaunselor rasa bersalah kerana tidak
melaksanakan tugas dengan efektif.

4. Apabila klien mengancam meninggalkan kaunselor dalam keadaan
mendesak dan marah.

5. Apabila penamatan menunjukkan berakhirnya pengalaman
menarik kaunselor

6. Bila penamatan menandakan berakhirnya pengalaman
pembelajaran kaunselor (contoh, kaunselor mungkin bersandar
pada klien untuk mempelajari tentang dynamic disorder atau
subbudaya yang khusus).

Susulan

Proses susulan berlaku apabila kaunselor menyemak untuk
melihat bagaimana klien melakukan perancangan selepas proses
penamatan dilakukan. Tujuannya ialah untuk penyeliaan yang positif
yang menggalakkan pertumbuhan klien.
Susulan penting kerana ia dapat meneguhkan dapatan klien
yang berlaku dalam proses kaunseling. Susulan juga membantu
kaunselor dan klien menilai semula pengalaman. Ia menekankan pada
sikap kaunselor yang tulen dan mengambil berat. Susulan dijalankan
sama ada dalam jangka masa pendek (3 hingga 6 minggu) dan jangka
panjang (sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan). Susulan
dilakukan dalam banyak cara. Kebiasaanya empat cara digunakan
iaitu;

1. Menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan
berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin dicapai.

2. Melalui telefon, klien boleh melaporkan kepada kaunselor
secara verbal

3. Kaunselor menghantar surat kepada klien bertanyakan
perkembangan terkini dan

4. Kaunselor menghantar kepada klien soal selidik berkenaan
dengan tahap kefungsiaan terkini klien dan ini dilakukan
menerusi pos .

Proses Rujukan
Shertzer & Stone (1980) menjelaskan tindakan merujuk
individu kepada pihak atau agensi lain adalah bertujuan untuk
membantu kepakaran yang tidak ada dari sumber dalaman kaunselor.
Selain daripada itu, rujukan juga boleh dilakukan di sebabkan oleh
etika atau alasan peribadi. Cormier & Hackney (2001) menjelaskan
rujukan melibatkan beberapa langkah iaitu;

1. Mengenal pasti keperluan untuk merujuk

2. Menilai potensi sumber rujukan

3. Memperlengkapkan klien untuk dirujuk

4. Menyelaraskan perpindahan

Keperluan Merujuk
Keperluan merujuk berlaku apabila kaunseling yang sedia ada
tidak dapat menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh klien.
Adakalanya juga, keperluan dari segi gender, etnik, budaya dan
berkaitan dengannya memerlukan kaunselor membuat rujukan.
Kebiasaannya klien biasanya akan menentang untuk dibuat rujukan.
Kaunselor akan menerangkan risiko yang akan diterima dengan
berbincang berkenaan klien yang mudah dilukai dan memberi
sokongan kepada klien.

Membuat Rujukan

Terdapat lima sumber utama klien dirujuk kepada seorang
kaunselor iaitu;

- Pemerhatian kaunselor sekolah

- Guru atau kakitangan sekolah.

- Individu atau agensi dalam komuniti

- Ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan

- Rujukan klien sendiri.

Setiap sumber rujukan ini membuat satu penentuan sama ada
perlu atau tidak merujuk seorang individu kepada kaunselor
berdasarkan pemerhatian, maklum balas daripada individu lain,
berhubung secara langsung atau rekod lepas individu tersebut.
Pemerhatian Kaunselor Sendiri
Kaunselor meluangkan masanya untuk memerhatikan tingkah
laku seorang individu, mengulas rekod di sekolah atau agensi dan
membincangkan isu yang berkaitan dengan individu seperti guru atau
profesional yang lain. Dengan demikian, kaunselor akan mengenal
pasti individu yang perlu dirujuk.
Guru Dan Kakitangan Sekolah.
Di sekolah, guru, pentadbir dan staf sokongan juga boleh
mengenalpasti individu yang memerlukan bantuan kaunseling.
Individu yang selalu menghadapi masalah disiplin di sekolah boleh
dirujuk untuk mendapatkan bantuan dalam proses mengubah tingkah
laku maladaptif. Tingkah laku individu yang menyebabkan masalah
utama sama ada terhadap individu tersebut ataupun individu lain
adalah antara kemungkinan yang menyebabkan mereka dirujuk kepada
kaunselor.
Individu Atau Agensi Dalam Komuniti
Rujukan juga boleh datang daripada beberapa agensi sosial dan
individu dalam komuniti.
Ibu Bapa, Ahli Keluarga Dan Rakan-Rakan
Ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain atau kawankawan
juga boleh merujuk individu yang memerlukan bantuan
daripada kaunselor.
Kebanyakan rujukan dilakukan dengan menyertakan sekeping
surat rujukan ataupun melalui satu laporan yang dibuat secara lisan
menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya dirujuk untuk
mendapatkan manfaat daripada proses kaunseling.
Maklumat tambahan haruslah dikumpul dan dianalisis oleh
kaunselor lain bagi setiap kes yang dirujuk oleh sumber rujukan.
Daripada maklumat yang sedemikian, kaunselor boleh mengenal pasti
punca-punca setiap isu yang dibawa oleh setiap klien yang dirujuk.
Walau bagaimanapun, kaunselor harus menghubungi sumber rujukan
yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan
maklumat yang diterima.
Kaunselor haruslah memberitahu sumber rujukan tentang apa
yang mungkin diharapkan sepanjang proses menolong dalam sesi
kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menolak
rujukan tersebut yang biasanya agak rumit, beberapa bantuan haruslah
diberikan kepada klien atau sumber rujukan dalam usaha mendapatkan
bantuan yang bersesuaian
Sekiranya ahli adalah tidak berkemampuan menjadi profesional
dalam memberikan bantuan kepada seorang klien, ahli haruslah
mengelak daripada memulakan perhubungan kaunseling atau ahli
menamatkan sesi kaunseling.
Dalam salah satu daripada situasi tersebut, ahli adalah
diwajibkan untuk merujuk klien tersebut kepada seorang kaunselor
yang bersesuaian. Ini adalah satu tugas atau tanggungjawab kepada
ahli yang mempunyai matlamat berkaitan dengan sumber rujukan
supaya berbincang dengan kaunselor tersebut sebelum memulakan
proses rujukan. Sekiranya klien tersebut menolak cadangan rujukan,
kaunselor adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perhubungan
menolong.

Syarat-syarat yang harus di ambil kira dan dipertimbangkan
dalam membuat rujukan adalah seperti berikut;

1. Adakah rujukan itu satu keperluan? Keperluan haruslah
ditentukan sama ada masalah tingkah laku klien adalah
jenis yang memerlukan perubahan.

2. Adakah klien berminat? Perubahan tingkah laku akan
menjadi lebih senang sekiranya klien mempunyai minat
dalam mengubah tingkah lakunya.

3. Adakah masa yang diperuntukkan dan kemudahan yang
disediakan mencukupi? Satu persediaan garis kasar pelan
rawatan yang berkemungkinan haruslah disediakan dengan
masa dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan
pelan rawatan tersebut.

4. Bolehkah satu persetujuan secara kontrak dilakukan?
Persetujuan sedemikian adalah perlu sekiranya keputusan
untuk memberikan rawatan kepada klien telah diambil.
Persetujuan di antara kaunselor-klien perlu digunakan
sebagai pengantara sepanjang sesi kaunseling ini
dijalankan.

5. Adakah saya merupakan seorang kaunselor yang secara
profesionalnya layak untuk membantu klien tersebut?

6. Adakah diri saya mempunyai kelemahan yang
berkemungkinan menyebabkan saya gagal memainkan
peranan secara efektif dengan klien.

7. Adakah terdapat individu lain atau agensi yang lebih baik
untuk menolong klien tersebut ?

Tujuh persoalan yang disenaraikan di atas haruslah dipertimbangkan untuk menyediakan satu kerangka kerja di antara kaunselor yang boleh mengambil keputusan sama ada seseorang klien itu harus dirujuk kepada seseorang kaunselor yang lain, ditamatkan
atau diberi perkhidmatan kaunseling.Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menerima klien, klien haruslah diberitahu tentang jenis-jenis bantuan yang akan
diberikan kepadanya, tempoh masa yang akan diperuntukkan dalam satu sesi kaunseling dan penglibatan individu yang dirujuk atau agensi adalah diperlukan dalam proses menolong. Keputusan kritikal yang harus dibuat dalam memproses klien
adalah sama ada rujukan tersebut bersesuaian ataupun tidak. Kaunselor akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan klien untuk mengambil keputusan tentang kesesuaian kaunseling terhadap klien. Kaunselor akan menganalisis laporan diri klien secara langsung ataupun kaunselor akan meneroka persoalan yang dibawa
oleh klien sehingga menjalinkan persefahaman. Dalam kes sedemikian, kaunselor tidak akan berjumpa dengan klien sehinggalah sesi temuduga yang pertama apabila perhubungan
kaunseling akan diterangkan. Mengikut prosedur, individu yang dirujuk akan dikenal pasti oleh kerana tingkah lakunya di dalam kelas telah menimbulkan masalah. Dalam situasi ini, kaunselor akan berunding dengan orang yang merujuk pelajar untuk mengumpul ke semua maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan tingkah lakunya
yang menimbulkan masalah. Kaunselor juga akan menganalisis rekod yang diperolehi
bersama-sama dengan sumber maklumat lain yang telah dikumpulkan. Kaunselor akan mengulas dan menganalisis maklumat dengan berdasarkan kepada kecekapan profesional yang ada pada seorang kaunselor dan seterusnya akan mengenal pasti kesesuaian rujukan
tersebut. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan bahawa rujukan adalah bersesuaian, kaunselor akan menghubungi individu tersebut dan menentukan temujanji klien untuk berjumpa dengan kaunselor. Individu yang merujuk klien tersebut perlu diingatkan
mengenai kerahsiaan kaunseling di samping memahami apakah yang diharapkan dalam perhubungan kaunselor-klien. Setelah kesemua makalumat yang berkaitan dengan klien telah dikumpulkan daripada sumber rujukan, kaunselor akan bersedia untuk memulakan sesi temuduga bersama dengan klien.

Menilai Sumber Potensi

Kaunselor perlu membiasakan dirinya dengan sumber rujukan
yang digunakan dalam masyarakat. Dalam beberapa komuniti,
perkhidmatan kesihatan mental akan menyenaraikan beberapa senarai
agensi am, perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan, yuran dan
bagaimana rujukan akan disempurnakan. Direktori telefon Yellow
Pages juga membekalkan maklumat sama ada agensi kerajaan dan
swasta.

Menyelaraskan Perpindahan
Apabila kaunselor merujuk klien kepada kaunselor lain, kaunselor berharap rujukan dapat berlaku dengan berjaya tanpa memberi sebarang tekanan kepada klien. Jika klien mempunyai kebimbangan yang tinggi, atau jika kaunselor merasakan klien mungkin tidak boleh menerima rujukan, perhatian yang tertentu akan ditumpukan pada kebimbangan klien. Tambahan kaunselor perlu membekalkan maklumat dalam usaha memudahkan proses rujukan.

Memperlengkapkan Klien Untuk Dirujuk
Menyediakan klien untuk rujukan mungkin membimbangkan klien. Oleh itu, penting bagi kaunselor untuk meringankan kebimbangan klien dengan memberi tahu klien berkenaan dengan potensi kaunselor baru secara terperinci seperti ciri-ciri peribadi,
kecekapan profesional dan kefahaman mereka terhadap rujukan. Berkomunikasi dengan ‘ Receiving Professional’ Sebelum rujukan dibuat, kaunselor perlu memastikan sama ada kaunselor yang ingin dirujuk bersedia atau tidak untuk menerima rujukan. Cara ini akan dilakukan secara berkesan melalui telefon. Ketika klien telah dikenal pasti, perpindahan maklumat tentang kes mesti dinyatakan. Ringkasan kes beserta dengan maklumat demografi perlu dinyatakan. Laporan penamatan akan diterangkan lebih awal
dengan tujuan memberikan maklumat yang memadai untuk bertemu keperluan ini. Sebelum menghantar bahan bertulis, kaunselor perlu mendapatkan persetujuan yang ditandatangani daripada klien. Kebanyakan pusat kaunseling menggunakan borang persetujuan yang standard.


Hubungan kaunseling

Hubungan kaunseling sama ada antara kaunselor-klien atau klien-kaunselor memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu proses kaunseling. Corey (1996) telah menyatakan bahawa hubungan kaunselor-klien bukan sahaja bertindak untuk
meningkatkan peluang-peluang bagi klien mencapai matlamatnya, malah bertindak sebagai model untuk mewujudkan perhubungan interpersonal yang boleh digunakan oleh klien untuk mempertingkatkan kualiti bentuk hubungan lain di luar setting kaunseling.


RUMUSAN
Dalam proses kaunseling, kaunselor boleh melaksanakannya dalam beberapa peringkat. Brammer (1973) telah membahagikan peringkat kaunseling kepada beberapa fasa. Bab ini telah membincangkan secara mendalam fasa-fasa yang terdapat dalam proses kaunseling. Fasa-fasa yang telah dibincangkan adalah fasa satu iaitu fasa sebelum proses kaunseling, fasa dua, semasa proses kaunseling dan fasa tiga iaitu fasa selepas proses kaunseling.

RUJUKAN

Dr Sapora Sipon, Proses Kaunseling,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Prose Kaunseling

Proses dalam kaunseling

Langkah Pertama: Menyediakan Prasesi

Kaunselor perlu sedar tentang klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara sukarela, dirujuk dan rela dan dirujuk dan tidak rela.
Apabila klien datang untuk temu janji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyediaan mental.
Langkah Kedua: membina Hubungan ( Melayan, Mendengar dan memahami)
Bagi klien, pandangan pertama atau fisrt impression tentang kaunselor yang akan memberikan pertolongan kepadanya menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor. Persepsi atau pandangan pertama ini akan mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuaan antara kaunselor dan klien. Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling. Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling. Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien.
i. Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
ii. Menunjukkan keinginan untuk menolong
iii. Mendengar apa yang diperkatakan
iv. Mendengar dan luahan perasaan yang dinyatakan
v. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan
vi. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak boleh dinyatakan
vii. Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
viii. Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien.
ix. Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.

Langkah Ketiga: Meneroka dan Menganalisis Masalah

Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling. Penerokaan perlu dilakukan dengan teliti. Memang benar, masalah klien perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa menoraka masalah klien, kaunselor tidak boleh mengabaikan diri klien kerana klien dan masalahnya adalah berkait rapat. Sukar bagi kaunselor untuk memahami masalah klien tanpa mengenali siapa klien itu sebenarnya.
Adalah menjadi tugas kaunselor untuk membantu klien mengenali dirinya. Kekusutan yang dialami oleh klien banyak berpunca dari kekaburan tentang siapa diri klien itu yang sebenarnya. Penerokaan yang dilakukan dari segi ke sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang lebih mendalam. Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek. Kompleksiti masalah berkait rapat dengan kompleksiti manusia. Lagi kompleksiti manusia itu, lagi kompleks masalahnya. Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya. Penerokaan yang teliti akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien. Kaunselor akan mengalami kerumitan jika dia tidak mempunyai banyak maklumat tentang klien.

Langkah Keempat: Mengenal Pasti Punca Masalah

Klien perlu mengenal pasti punca masalahnya. Intervensi atau proses intervensi sukar dijalankan sekiranya klien tidak pasti tentang masalah yang dihadapinya. Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentangpunca masalahnya. Selepas klien mengenal pasti masalahnya, barulah kaunselor dan klien boleh memfokus kepada pembentukan matlamat kaunseling untuk klien. Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien. Klien sering mengalami kekeliruan antara punca utama masalah dan punca sampingan masalah. Tidak mustahil bagi klien untuk mengandaikan punca sampingan masalah. Apabila ia berlaku, klien membazir tenaga dengan memfokus kepada perkara yang remeh-temeh dan bukan kepada perkara utama. Antara perkara utama ialah mengenali diri klien, orang lain, tetapi melibatkan diri klien dan takdir.
Adalah penting untuk mengambil kira ketiga-tiga faktor di atas sebagai usaha untuk membezakan apa yang mampu dilakukan dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh klien. Apabila masalah berpunca daripada orang lain, klien perlu sedar tentang tahap kemampuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila masalah berpunca daripada orang lain tetapi melibatkan klien, masalah ini dikatakan terbit daripada dua orang. Dalam konteks ini, kemampuan klien untuk mengatasi masalah adalah terhad. Klien hanya mampu melakukan sesuatu dalam lingkungan sesuatu yang di luar bidang kuasanya. Prinsip penting di sini ialah setiap manusia bertanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila masalah timbul, kedua-kedua belah pihak perlu bertanggungjawab dalam mengatasi masalah tersebuat. Seandainya manusia memilih untuk memikul tanggungjwab orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti tanggungjawab tersebut akan menjadi beban.
Pembentukan matlamat kaunseling merupakan perkara yang perlu diberi perhatian selepas kaunselor dan klien mengenalpasti masalah. Matlamat kaunseling akan menjadi panduan kepada kaunselor untuk mencari fokus dalam proses kaunselin. Matlamat kaunseling akan membuka perbincangan antara kaunselor dan klien. Seterusnya, perbincangan ini akan mambantu klien memilih jalan yang paling sesuai untuk dirinya.

Langkah kelima: Mengambil Tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu menerokai tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh klien untuk memastikan klien benar-benar tahu apa yang akan dilakukan. Kejayaan klien akan dimanifestasikan oelh tindakannya. Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap “ingin bertindak” tetapi masih tidak bertindak.

Langkah Keenam: Menamatkan Sesi

Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruska. Ada beberapaa elemen yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi atau proses kaunseling. Kaunselor perlu menilai kemajuan atau perkembangan diri klien. Di antara kejayaan sesuatu kaunseling ialah apabila klien membuat keputusan dan tanggungjawab keatas keputusannya. Ini bermakna sekiranya keputusan yang diambil tidak menghasilkan sesuatu yang positif, klien bertanggungjawab dan mempu mengatasi masalah yang timbul. Lazimnya, klien membawa beberapa masalah ke sesi kaunseling. Apa yang penting ialah kaunselor memfokuskan kepada masalah utama yang sering dan senantiasa menganggu klien. Tidak bermakna setiap masalah yang dibawa oleh klien perlu diterokai. Jika sesi atau proses kaunseling berjaya, klien sudah mampu mengatasi rangkaian masalah yang lain. Elemen penting ialah klien memeliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalahnya.

Langkah Ketujuh: Susulan

Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang , memerlukan khidmat susulan. Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak di mana kemajuan diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh kaunselor. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain.










Rujukan

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006). Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana, Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Teori Kerja Kumpulan

Social Goal Model/ Model Matlamat Sosial

Berfokuskan untuk menyelesaikan masalah secara berterusan. Kebiasaannya, ia diaplikasikan di rumah-rumah penempatan, pusat perkhidmatan komuniti dan lembaga penduduk setempat. Prinsip asas- memberikan penjelasan berkaitan polisi agensi, mengambil kira kekangan-kekangan yang wujud dalam komuniti, penyelesaian berasaskan matlamat bersama agensi, serta tindakan yang akan diambil secara kolektif dan menyeluruh. Model ini juga mempertimbangkan kesan yang akan berlaku sebelum sesuatu tindakan diambil dan ia menekankan proses demokrasi dalam mengambil sesuatu alternatif penyelesaian. Contohnya, Dasar Wawasan Negara (2001-2010) yang mempunyai objektif seperti mencapai pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi, mewujudkan masyarakat bersatu padu, menggabungkan teras kritikal dasar DEB dan DPN, juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020.


Remedial Goal Model/ Model Perawatan

Berasaskan kaedah yang bersifat klinikal. Perubahan sosial yang ingin dicapai memfokuskan kepada aspek interaksi antara kumpulan dalam usaha bersama untuk membuat perubahan. Ahli kumpulan yang terlibat akan saling menyokong dan menghargai pandangan serta permasalahan sesama ahli. Model ini paling popular dipraktikkan di hospital sakit mental, institusi pemulihan, perkhidmatan sokongan keluarga dan perkhidmatan kaunseling di sekolah.


Reciprocal Goal Model/ Model Timbal Balik

Fokus kepada hubungan timbal balik antara individu dengan masyarakat. Contohnya kumpulan anak-anak kecil yang terbiar di jalanan. Anak-anak kecil tersebut perlu dipandang serius dan diambil langkah bagi membela nasib dan memahami masalah dan keadaan mereka. Dua prinsip asas model ini ialah (1) seseorang individu itu boleh dipelajari, difahami dan dirawat berdasarkan hubungannya dengan persekitaran dan (2) seseorang individu boleh dibentuk, dipengaruhi dan diubah melalui hubungan mereka dengan institusi sosial atau hubungan timbal-balik kedua-duanya.


Rujukan:

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Teori Kerja Kes

1. Sistem / Rangka Kerja Ekologi


Model yang berdasarkan pemerhatian berterusan terhadap keluarga individu dan persekitaran mereka. Ia fokus kepada interaksi klien dengan sistem kehidupannya. Pekerja sosial dapat mengenal pasti tindak balas klien dalam menghadapi tekanan dalam persekitaran mereka sama ada positif atau negatif. Seterusnya ia disusuli dengan proses intervensi kepada klien setelah masalah klien berjaya dikenal pasti.


2. Psikologi Ego


Banyak dipengaruhi faktor dalaman keluarga dan persekitaran luaran mereka. Perkara asas- kebolehan klien dalam menyesuaikan diri dengan situasi (tekanan) menggunakan kaedah tertentu. Kegagalan beradaptasi boleh memudaratkan keadaan klien sehingga menyebabkan timbul masalah berasa tidak selamat, tidak berani berhadapan dengan risiko, cemas dan lebih parah sehingga mengakibatkan penyakit mental. Akibatnya, klien mungkin kehilangan kerja, penceraian, kemiskinan, kematian dll.


3. Pendekatan Penyelesaian Masalah


Diperkenalkan oleh Perlman (1959), yang diaplikasikan kepada individu dan keluarga. Menurutnya, proses intervensi yang baik adalah berdasarkan motivasi, kemampuan dan peluang dalam sistem kehidupan klien untuk sesuatu perubahan. Pendekatan in i memerlukan usaha klien dalam mengambil tindakan untuk bergerak maju ke hadapan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kata lain, pendekatan ini juga bermaksud sesuatu tindakan yang diambil oleh klien tidak akan membuahkan hasil tanpa adanya motivasi. Kemampuan merujuk kepada kebolehan klien untuk berubah kepada yang lebih baik. Contohnya, seorang ketua keluarga disahkan menghidap kanser dan tempoh hidup hanya tinggal beberapa bulan. Justeru, pekerja sosial boleh mencadangkan agar dia bersabar dan dalam masa yang sama menjalani rawatan kimoterapi agar kesihatannya lebih terjamin. Sokongan sosial daripada pekerja sosial, keluarga terdekat dan teman-teman amat diperlukan. Peluang merujuk kepada peluang yang terdapat dalam persekitaran klien, Sebagai contoh, kos perbelanjaan rawatan kimoterapi memerlukan peruntukan wang yang berjumlah besar, menyebabkan klien sukar untuk mendapatkan rawatan tersebut memandangkan ekonomi keluarganya tidak stabil.


4. Pendekatan Tingkah Laku Kognitif


Teori yang termasuk dalam kategori am iaitu intervensi tingkah laku, yang mana menekankan peranan klien dalam bertindak aktif mengurangkan dan menghapuskan masalah. Pendekatan ini terbahagi kepada antaranya (1) pembelajaran sosial modifikasi tingkah laku dan terapi realiti.


(a) Pembelajaran sosial modifikasi tingkah laku
Mengandaikan bahawa tingkah laku boleh dieplajari. Sikap buruk seseorang boleh dibuang melalui teori ini. Pekerja sosial akan menolong klien manangani masalah dengan mengubah skap bukannya menyelesaikan masalah secara keseluruhan.


(b) Terapi realiti
Individu bertanggungjawab atas segala tindakan atau keputusan yang diambil mereka. Ia lebih menekankan kepada aspek perubahan yang mesti dilakukan akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Biasanya digunakan bagi memulihkan sesebuah hubungan kekeluargaan.


Rujukan:

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khamis, 28 Januari 2010

TAHAP PRAKTIS KERJA SOSIAL DI MALAYSIA PADA HARI INI

Kerja sosial adalah satu bidang yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari segi tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pelbagai pihak yang memerlukan. Ianya bukan sesuatu yang baru dan tidak mungkin akan terpupus, oleh kerana profesion ini berteraskan prinsip dan falsafah kemanusian yang diperkukuhkan dengan ikatan ilmu hasil daripada penyelidikan dan pemerhatian yang saintifik seterusnya wujud dalam kerangka amalan kerja yang mantap. Terdapat lapan nilai yang dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Jika kita lihat dari aspek antara nilai-nilai yang ditekankan dalam konsep 1 Malaysia di atas, nilai-nilai ini juga ditekankan dalam kerja sosial sekali gus merangkumi praktis kerja sosial yang ada di negara kita
Umumnya, kerja sosial adalah satu profesion yang ingin membawa perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya pada peringkat pembentukan perkembangan individu. Dengan menggunakan pelbagai teori perlakuan manusia dan sistem sosial, kerja sosial terlibat pada pelbagai tahap interaksi manusia dan persekitaran kehidupan. Peranan praktis kerja sosial berfokus untuk mencapai keperluan manusia dan mengembangkan potensi dan sumber-sumbernya. Kerja sosial menjalankan praktis dalam 5 konteks, iaitu politik, geografi, sosioekonomi, budaya dan spiritual. Kelima-lima konteks ini mampu memberikan matlamat yang terarah dalam praktis kerja sosial. Prinsip kerja sosial adalah prinsip kemanusian yang sejagat (definisi yang diterima pakai IFSW General Meeting in Montreal Canada, July 2000).
Profesion kerja sosial mempunyai falsafah yang tersendiri yang merangkumi pelbagai pengertian ilmu. Ia juga berlandaskan etika kerja sosial yang menjadi garis panduan dalam melaksanakan profesion ini. Di samping itu, bidang ini menitikberatkan hak asasi yang dimiliki oleh setiap individu yang patut dijaga dan dipertahankan tanpa mengira status, usia, darjat, pangkat dan warna kulit yang boleh dikaitkan dengan 1 Malaysia pada hari ini. Prinsip etika kerja sosial juga adalah sesuatu yang begitu penting yang perlu diamalkan oleh pekerja sosial dalam menjaminkan kejayaan terhadap praktis serta profesion kerja sosial itu sendiri.
Praktis kerja sosial dengan kumpulan merupakan satu kaedah bekerja dengan individu-individu di dalam kumpulan yang terdiri daripada dua atau lebih orang untuk meningkatkan kefungsian sosial dan mencapai matlamat sosial. Kerja kumpulan ini adalah berdasarkan pengetahuan pekerja sosial terhadap keperluan kumpulan dan saling bergantungan di antara satu dengan lain. Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan halangan interakerja sosial dan bertujuan matlamat sosial.
Toseland dan Rivas (1998), mendefinisikan kerja kumpulan sebagai”... aktiviti bermatlamat yang dilaksanakan terhadap sekumpulan yang dilaksanakan terhadap sekumpulan orang untuk memenuhi keperluan sosioemosi dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ativiti ini adalah dibentuk khusus untuk individu di dalam kumpulan dan kumpulan secara keseluruhan di dalam sistem yang memberi perkhidmatan.” Sebagai contoh pekerja sosial kumpulan mungkin menyasarkan untuk memulihkan ahli, mendidik mereka, membantu ahli untuk bersosialisasi atau menolong ahli dalam pembangunan diri.
Walaupun diakui bahawa profesion menolong amat diperlukan oleh masyarakat, terutamanya dalam konteks 1 Malaysia. Apabila perubahan dan kemajuan yang dikecapi dari semasa ke semasa turut membawa bersamanya natijah penyakit sosial, konflik dan ketidakseimbangan dalam masyarakat, kefahaman yang betul tentang profesion ini sering dikesampingan. Hasilnya kita akan cenderung memandang keperluan profesion ini hanyalah sebagai pembantu suka rela, tidak profesional, mempunyai kumpulan kumpulan sasar yang terdiri daripada mereka yang susah, terpinggir dan bermacam-macam lagi strereotaip lain.
Praktis kerja sosial menekankan elemen bekerjasama dan saling menghormati antara pekerja sosial dengan sistem persekitaran klien. Ini akan membentuk hubungan profesional antara pekerja sosial dengan klien. Penilaian dalam praktis pula haruslah meliputi analisis terhadap kelemahan dan kekuatan klien dalam menangani masalah yang wujud akibat daripada interaksi mereka secara keseluruhan dengan persekitaran sosial mereka. Kemahiran asas yang perlu ada untuk memastikan praktis dapat dijalankan secara berkesan seharusnya bermulanya dengan mewujudkan kemahiran dalam mengenal pasti isu-isu, mengumpul dan menganalisis maklumat, merancang dan membentuk kontrak, iaitu perjanjian profesional dengan klien, mengenal pasti alternatif untuk memilih intervensi yang berkesan, mengimplimentasikan tindakan yang bersesuaian, menjalankan prosedur penyelidikan yang sesuai untuk mengawal dan menilai hasil intervensi dan sehinggalah mewujudkan kemahiran untuk menyelia proses terminasi, iaitu menamatkan kontrak dan intervensi dengan klien.
Contoh kes yang boleh melibatkan kerja sosial, apabila kes sebagai pekerja sosial perubatan. Di Malaysia, kerja sosial semakin diterima oleh masyarakat. Ini adalah berdasarkan peningkatan penawaran program kerja sosial dari beberapa buah Universiti tempatan. Di Hospital besar juga, pekerja sosial telah di tempatkan bagi membantu pesakit dan mereka yang signifikin. Jesteru, pekerja sosial perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan peluang bagi membantu individu dan mereka yang signifikan yang bakal atau telah kehilangan orang tersayang. Antara peranan boleh dimainkan oleh pekerja sosial perubatan adalah membantu klien dan keluarga memahami keadaan semasa terutama jika klien sedang menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Adakalanya keluarga mahu bersama pesakit pada saat-saat akhir. Selepas kematian berlaku, pekerja sosial perlu membantu memahami keadaan seperti proses yang akan berlaku, perasaan normal yang akan dialami dan sebagainya. Apabila klien meninggal,adalah norma pekerja sosial turut mengalami kesedihan. Oleh itu, pekerja sosial mesti mencari jalan menanganinya supaya intervensi yang dilakukan adalah efektik.
Apapun peranan pekerja sosial di Malaysia, secara umumnya pekerja sosial mempunyai peranan untuk menangani kemusnahan sosial yang berlaku dalam masyarakat khususnya di dalam isu-isu yang melibatkan individu, kumpulan ataupun komuniti. Apabila timbulnya masalah yang serius dalam kehidupan manusia, terutamanya yang melibatkan hubungan antara sesama manusia ataupun sebarang masalah berkait dengan persekitaran sosial mereka, persoalan yang pasti timbul adalah sama ada pertolongan boleh diperoleh untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka. Pada ketika inilah profesion menolong seperti kerja sosial mendapat perhatian dan mula menjadi rujukan semua pihak. Di samping itu, usaha memantapkan profesion ini di dalam situasi tempatan seharusnya turut melibatkan latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga pengajar dalam bidang kerja sosial. Lebih banyak tenaga mahir yang mendalami bidang ini diperlukan supaya latihan dan kepakaran dapat diimplimentasikan ke dalam praktis di pelbagai “setting” yang memberikan perkhidmatan kebajikan sosial dan perkhidmatan manusia. Apa yang paling penting di sini, praktis kerja sosial dalam konteks 1 Malaysia ini adalah berlandaskan perpaduan antara kaum di mana setiap individu tidak kira bangsa atau agama layak mendapat bantuan daripada pekerja sosial.

RUJUKAN:
-Ezarina Zakaria,2006. Khidmat Sosial Di Malaysia(Prinsip Kerja Sosial).Penerbit Universiti Malaya
-Faizah Yunus,2006. Khidmat Sosial di Malaysia. Penerbit Malaya
-Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.
-Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2008. Kemahiran Praktis Kerja Sosial. Selangor: Baraplas Kreatif Enterprise
-Siti Hajar Abu Bakar,2006. Kebajikan Sosial Aplikasi dalam Perkhidmatan Manusia: Penerbit Universiti Malaya

Selasa, 26 Januari 2010

Groupwork Theory

Roles

Or we might think about the group in terms of roles.
Then we might ask what is the division of roles in the group?
We would he interested in issues of function, expectation and inter-dependency. This sort of approach
might, for instance, he used in team building to look at how different people can each make contributions
which may complement one another. Some useful theoretical material might he found in role theory, systems
theory, and sociology.

Process and stages

Or we might think of a group as a developing process.
We might then ask what stage of development has this group reached?
What is the overall lifespan of this group and how is its age affecting its functioning?
How did the present characteristics of the group evolve out of the previous stages and how do they
pave the way for future developments?
Tuckman and Lungren's ideas about group stages might help us.

Preoccupation

Or we might think about what is consciously or unconsciously preoccupying this group.
Is it behaving as if certain assumptions held?
Are issues like safety or inclusion or power or rules affecting what is being talked about in ways
that are unrecognised by the group members themselves?
Are such issues affecting the choice of language or symbolism or metaphors employed? For
instance, if a member of the group is holding everybody's attention at length with a description of a
film he saw about a family break up, is this because the group members sense a threat to the
integrity of the group itself which they cannot face discussing openly.
T-group theory might help us with some of these issues.

Norms

Or we might think about the group norms.
We might ask what rules seem to be operating and how were these established?
Who would have the power to change them?
How are they evolving?
What are they seemingly designed to achieve?

Task

Or we might think about the group, in terms of its implicit or explicit task.
Is this a group in which there is a preset agenda or not?
Is this a group in which one person holds the floor or "works" for a time and then another takes
over or is it one in which the members all interact fluidly and continuously?
Is this group concerned with here and now issues or with there and then ones?
Is there a shared sense of purpose?

Dynamics

Or we might think about the group in terms of its psychodynamics.
Then we would ask: What sentiments and motives lie behind the behaviour of the group members?
In what way are processes of rivalry, jealousy, identification, differentiation, power seeking,
projection, dependency, transference, etc. affecting the individuals in this group?
How can the group be understood on the analogy of a family?
Psychoanalytic theory might help.

Functional Approach

Or we might look at the interactions between group members functionally.
How do these interactions relate to the task of the group?
Are they functional or dysfunctional?
Some sociological theory such as Bales Interaction Analysis might help.

Interactions

Or we might look at the interactions qualitatively.
Are emotions expressed?
Are thoughts expressed?

RUJUKAN

Layari internet pada 27/01/2010 di website www.elementsuk.com/libraryofarticles/groupwork.pdf